Saturday, February 18, 2012

XPDC GUNUNG LEDANG...

Tarikh : 11 Feb 2012
Jarak : 16KM
Rider : Muhidin, Zahari & Saufi

Buat pertama kali Team MUO MTB bersama Team CAYO berxpdc ke gunung Ledang. Pengalaman yg sangat menarik, lebih-lebih lagi bro Saufi join sekali setelah sekian lama. Kali ni Halim tak dapat sertai atas masalah peribadi dan Atan cam biase Bini tak bagi pegi..

Ketinggian Gunung ledang adalah 1276m dari aras laut & lokasi xpdc kami iaitu empangan Tangkak mempunyai ketinggian lebih kurang 480m dari aras laut, agak tinggi jugak pasal sebelum ni bukit paling tinggi pun dalam 250m je kut. Semput gak kayuh 4km mendaki, tapi setalah hampir 90min mendaki sampai gak.. PUAS....

Berikut, gambar kenangan xpdc.....

























Sunday, January 15, 2012

KAYUHAN KEDUA TAHUN 2012



Tarikh : 15 Jan 2012
Masa : 8.15am
Distance : 28km
Tempoh : 2 jam 15 min

Kayuhan kali ini disertai 2 rider jemputan, Bro BoB & sorang rider baru bro Azmi (jersey Garmin). Azmi kate first time kayuh off road, pasal x de member. Tapi kawan tengok cam pro je naik bukit, biasalah orang muda stamina kuat, cuma dia belum pandai main gear.

Berikut gambar-gambar yg dapat dirakamkan..




Wednesday, December 28, 2011

JAMBOREE TERAKHIR 2011

Kali ni MMT diwakili oleh 3 rider Halim, Zahari & Muhidin utk Jamboree FireXridE Alor gajah. Cam biasa Atan & Saufi tak dpt hadir, tapi kami bersama team CAYO, jadi kesemuanya ada lebih kurang 10 rider.

Kesemua rider berjaya tamatkan ride sejauk 40KM, didahului oleh Mat Yus dan diakhiri on Bro Halim.

Berikut adalah gambar-gambar yang dapat dirakam, semoga menjadi pembakar semangat untuk MMT meneruskan aktiviti kami..



Zahari ngan jersey baru, sebelum kayuhan bermula..



Rider-rider beraksi cam Pro...











MMT rider
1) Zahari No 666
2) Muhidin No 927
3) Halim No 947





Saturday, April 30, 2011

BLOG MMT KEMBALI

Salam sejahtera, dah lama agaknya blog ni tak di update, sejak ade "mukabuku" ni, dah tak de orang nak layan blog. Semoga tahun 2012 ni menjadi lembaran baru untuk Muo Mtb Team..

Berikut adalah gambar-gambar dlm simpanan saya untuk tatapan semua...














Monday, January 17, 2011

KAYUHAN RIM BARU

Masa : 7.45am
Tempat : Pt Hj Nor
Jarak : 28km
Rider : Muhidin, Halim & Zahari
Tamat : 10.30am

Kayuhan sempena merasmikan Halim pakai rim baru, handle bar baru & saddle baru, boleh dikatakan serba baru. Kali ni 3 rider aje yang hadir, Atan & Saufi tak dapat hadir.
Pemandangan dari puncak bukit...
Macam kat genting highland
Meneroka trail baru, masuk dusun durian...